joomla 1.6

Utusan Online
90 peratus tandas masjid kotor
Oleh Mohd. Zuharman Mohammad Nor
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KOTA BHARU 30 Dis. - Kebersihan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih berada di tahap yang rendah dengan 90 peratus daripadanya adalah kotor.
Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK), Ahmad Othman berkata, kebanyakan tandas masjid dan surau di negeri ini tidak dijaga dengan baik.

"Sejak menjelajah 70 masjid di seluruh negeri ini untuk memberi penerangan mengenai konsep pengguna bijak bestari, kita mendapati 90 peratus tandas masjid adalah kotor. "Sememangnya kita kesal dengan situasi itu kerana membuatkan para jemaah surau atau masjid tidak selesa sewaktu menggunakan kemudahan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Selain itu katanya, kebanyakan masjid tidak menyediakan tandas duduk untuk kemudahan warga emas dan kurang upaya. "Kemudahan-kemudahan seperti itu amat penting dan perlu untuk jemaah yang berusia, orang sakit atau mereka yang tidak boleh mencangkung," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid dan surau sepatutnya memberi lebih perhatian terhadap keperluan tersebut memandangkan kebanyakan jemaah adalah terdiri daripada golongan yang sudah berusia dan uzur. Sehubungan itu, beliau berharap masjid dan surau di negeri ini menitikberatkan aspek kebersihan tandas kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Share

© Copyright of Quality Restroom Association of Malaysia (1859-05-5) QRAM 2013